Friday, June 10, 2011

Apakah itu Kebenaran Pihak Berkuasa Negeri?

Pihak Berkuasa Negeri merujuk kepada keputusan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri. Bagi sesetengah Suratan Hakmilik, terdapatnya Sekatan-sekatan Kepentingan. Antara lain, ianya berbunyi seperti berikut:

TANAH INI TIDAK BOLEH DIPINDAH MILIK TANPA KEBENARAN MENTERI BESAR

Ianya juga sering disebut sebagai MB Consent. Jadi sekiranya ada terdapat sekatan yang seperti di atas, maka suatu permohonan Kebenaran Menteri Besar dan atau kebenaran Pihak Berkuasa Negeri hendaklah dipohon bagi membolehkan Pindah Milik dan Gadaian dilaksanakan.

Kenapa adanya MB Consent ini?

Ianya lebih bersifat polisi dalam kerajaan bagi mengawal proses Pindah Milik dan Gadaian bagi sesuatu kawasan tertentu. Ada antaranya dikawal supaya jumlah komposisi pemilik mewakili pelbagai bangsa dan ada antaranya bagi tujuan mengawal jumlah pemilikan tanah oleh bumiputera.

3 comments:

  1. Perjanjian tanpa tempoh permohonan MB consent


    Pada Januari 2007 saya (bumiputera) telah memasuki perjanjian jual beli tanah dgn pihak pembeli (non-bumi)


    Permohonan ini memerlukan MB consent.
    Dalam perjanjian itu (overlook), tiada tarikh masa disebut bagi pembeli memasukkan permohonan pindah milik (MB consent).

    Pendik cerita, disebabkan kegagalan pihak pembeli (non-bumi) (menerusi peguam mereka), telah gagal memasukkan permohonan MB consent dlm tempoh munasabah. Saya secara unilateral telah menamatkan perjanjian tersebut disebab ada beberapa klausa/syarat nyata lain yang tidak dipatuhi pada awal tahun 2008.

    Bila saya periksa dgn pihak PTG, Perak, tiada MB consent yg dipohon. Utk itu saya masukkan satu keveat persendirian. Selepas itu saya berdiam diri. Bagaimana saya dikejutkan pada awal Julai 2011 permohonan MB consent telah diluluskan (Jun 2011), iaitu selepas 5 tahun. Saya difahamkan permohonan itu dibuat pada awal 2010, selepas 3 tahun perjanjian ditandatangani dan selepas penamatan perjanjian tersebut (MB consent diperolehi diperolehi selepas lima tahun perjanjian ditandatangani).

    Saya difahamkan ada pihak lain yg melobi secara senyap-senyap (broker pembeli)...


    Apakah implikasi kepada saya dalam hal ini ?.

    Saya tidak lagi mahu meneruskan lagi jual/beli ini... Saya kini telah mengusaha tanah tersebut secara usahasama dgn pihak lain selepas penematan tersebut tanpa bantahan pembeli setelah diberi 2 kali notis penamatan pada awal 2008 dan hujung 2007.

    Sekian terima kasih

    Kamal,Parit Buntar

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan,
    Saya baru je jual 1 property di Ipoh.
    Property tersebut perlukan MB Consent
    Loan pembeli sudah approved tadi.
    .
    Izin saya bertanya,
    Setelah MB Consent dihantar,
    Berapa lama kebiasaannya ia mengambil masa. Terima Kasih tuan

    ReplyDelete
  3. tuan,

    saya ingin bertanya tentang hasrat menjual tanah yg memerlukan "MB consent". tuan maklumkan satu permohonan kebenaran MB hendaklah dibuat bagi tujuan gadaian & pindahmilik.


    soalan saya bolehkah :-

    1.kita membuat permohonan itu sebelum mendapat pembeli yg "committed"

    2. kita jual tanah tersebut kepada bukan bumiputera.

    mohon pencerahan

    ReplyDelete