Demikianlah urusan konveyansi pada setiap negeri-negeri di Malaysia. Ini kerana urusniaga tanah di Malaysia di tadbir mengikut negeri. Prinsip asas undang-undang tanah yang dirangka oleh Kanun Tanah Negara 1965 semuanya adalah sama. Iaitu Sistem Torrens. Namun perbedaan ini hanya terdapat dari segi undang-undang prosedural sahaja. Di mana setiap negeri punya alasan masing-masing mengapa dan kenapa ianya mesti diurus begitu dan begini.
Kali ini anda mungkin boleh belajar satu perkara paling asas. Iaitu tentang Title atau Suratan Hakmilik. Bahasa pasarnya sering disebut sebagai Geran. Istilah Geran telah disalahgunakan pada istilah Suratan Hakmilik. Mulai hari ini janganlah dipanggil dokumen itu sebagai Geran lagi. Ianya Suratan Hakmilik.
No comments:
Post a Comment