Suratan Hakmilik ibarat dokumen pengenalan diri bagi sesuatu hartanah. Pada setiap Suratan Hakmilik ada nombor yang kita panggil ia sebagai No. Hakmilik. Bagi tanah tersebut pula ada juga no. siri yang merujuk kepada tanah tersebut yang kita namakan sebagai No. Lot. atau No. PT
Apabila sesuatu tanah telah siap diplotkan dan dikeluarkan Suratan Hakmiliknya; pejabat Tanah yang berkenaan akan mengeluarkan dahulu Suratan Hakmilik Sementera (Qualified Title). Setelah tanah itu diukur dengan sempurna, barulah Suratan Hakmilik (Final Title) dikeluarkan.
Ada Suratan Hakmilik atau tanah yang ditabir selia oleh Pendaftaran Pejabat Tanah dan Galian yang kita panggil sebagai State Title. Manakala ada juga yang ditadbir selia oleh Pendaftaran Pejabat Tanah dan Daerah yang kita panggil sebagai Mukim Title.
Bagi tempoh pemajakan sesuatu tanah daripada Kerajaan Negeri terdapat dua jenis pemajakan. Satu jenis pemajakan ialah selama 999 tahun atau dipanggil Geran untuk selama-lamanya. Dan satu lagi pemajakan untuk tempoh 99 tahun atau 60 tahun atau 30 tahun. Ini biasanya disebut sebagai Pajakan Negeri atau Pajakan Mukim, mengikut mana yang berkenaan.
Property conveyancing is a tough job; there is no doubting the fact.
ReplyDeleteconveyancing melbourne