Friday, June 10, 2011

Apakah itu Kebenaran Pihak Berkuasa Negeri?

Pihak Berkuasa Negeri merujuk kepada keputusan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri. Bagi sesetengah Suratan Hakmilik, terdapatnya Sekatan-sekatan Kepentingan. Antara lain, ianya berbunyi seperti berikut:

TANAH INI TIDAK BOLEH DIPINDAH MILIK TANPA KEBENARAN MENTERI BESAR

Ianya juga sering disebut sebagai MB Consent. Jadi sekiranya ada terdapat sekatan yang seperti di atas, maka suatu permohonan Kebenaran Menteri Besar dan atau kebenaran Pihak Berkuasa Negeri hendaklah dipohon bagi membolehkan Pindah Milik dan Gadaian dilaksanakan.

Kenapa adanya MB Consent ini?

Ianya lebih bersifat polisi dalam kerajaan bagi mengawal proses Pindah Milik dan Gadaian bagi sesuatu kawasan tertentu. Ada antaranya dikawal supaya jumlah komposisi pemilik mewakili pelbagai bangsa dan ada antaranya bagi tujuan mengawal jumlah pemilikan tanah oleh bumiputera.